Home Newsletter Sign Up
 
> About Us
> Message from Secretary General
> History
> FAQs
Pengenalan Language :  EN | BM | CH | VN | TH | KH |


Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) adalah sebuah pertubuhan diperingkat Kerajaan negara-negara pengeluar getah asli dunia, yang ditubuhkan pada tahun 1970.

Keahlian persatuan adalah terbuka kepada negara-negara pengeluar getah asli. Pada 30 Nov 2009, keahlian ANRPC terdiri dari 10 buah negara iaitu Cambodia, China, India, Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam. Kesemua negara-negara tersebut merangkumi 94 peratus pengeluaran getah asli dunia pada tahun 2008.

Visi

Industri getah asli yang berkemampuan dari segi ekonomi lestari, malah dari segi sosio dan juga ekologi.

Misi  

Berterusan memperbaikki produktiviti pekebun kecil getah, mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan nilai tambah sektor hiliran getah, terus meneroka sumber-sumber pendapatan sampingan dengan kelebihan getah asli yang mesra alam, supaya kesejahteraan hidup pekebun kecil getah terus ditingkatkan.


Fungsi

ANRPC adalah satu pusat rujukan dan sumber mengenai statistik dan juga maklumat berkaitan industri getah kepada negara-negara anggota. ANRPC juga adalah forum antarabangsa untuk menganalisa dan merangka dasar berkaitan dengan kepentingan pengeluar getah asli di negara-negara ahli. Fungsi utama ANRPC adalah seperti berikut:

  • Sebagai pusat sumber pelbagai maklumat terkini berkaitan industri getah asli;
  • Mempromosi aktiviti yang sesuai dengan perkembangan lestari, pengeluaran, pemerosesan, pemasaran dan penggunaan getah asli;
  • Mempromosi getah asli sebagai bahan asli yang mesra alam dengan menyerlahkan ciri-ciri hijau dan sumbangan sosio-ekologi getah asli;
  • Mengenalpasti cabaran-cabaran dan peluang jangka pendek dan jangka panjang dengan menjalankan kajian yang bersesuaian mengenai industri getah;
  • Menjalinkan hubungan baik dengan institusi-institusi relevan termasuk organisasi antarabangsa getah dengan tujuan berkongsi maklumat dan kerjasama teknikal;
  • Mengesyor polisi atau dasar kepada Kerajaan-kerajaan yang menjadi ahli dari masa kesemasa.

 





Struktur Organisasi

Badan tertinggi ANRPC ialah Assembly yang terdiri dari kerajaan-kerajaan semua negara anggota. Assembly mengatur sessi perjumpaan lazimnya sekali dalam setahun.
 
Executive Committee atau Jawatankuasa Eksekutif melaksanakan fungsi Persatuan dalam tempoh antara sessi-sessi Assembly. Executive Committee dianggotai kerajaan semua negara-negara anggota dan diberi kuasa menentukan perihal prosidur, peraturan dan menubuhkan kumpulan kerja dari masa kesemasa. Setakat 30 November 2009, kumpulan kerja berikut terletak dibawah Executive Committee yang berperanan memberi bantuan teknikal dan membuat keputusan pelbagai aspek tentang industri getah:

  • Jawatan Kuasa Informasi dan Statistik
  • Jawatan Kuasa Hal-hal Berkaitan Industri
  • Kumpulan Kerja Pakar untuk Menganalisa Permintaan-Bekalan
  • Kumpulan Pakar Projek bagi Promosi Getah Asli sebagai Bahan Mentah Mesra Alam dan Sumber Lestari


Ibu Pejabat dan Seketariat

Ibu pejabat ANRPC terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Kerajaan Malaysia membiaya Sekretariat yang beroperasi di Tingkat 7, Bangunan Getah Asli (Menara), Jalan Ampang berhadapan dengan Bangunan Berkembar Petronas di Kuala Lumpur. Waktu kerja di Sekretariat adalah pada 8.00 pagi sehingga 4.30 petang dari Isnin ke Jumaat.


Bahasa Rasmi


Bahasa Inggeris.

 

Best place to buy viagra online without prescription. Here you can purchase viagra online without prescription fast delivery and also viagra online without prescription cheap